CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

fikirkan...

skrg saya masih membaca buku "Ibadah Unggul : Telinga Mendengar al-Quran" yang saya rasa patut di selami jika kita itu peminat al-Quran (siapa tidak?)

byk pengajaran yang saya dapati melalui buku hasil tulisan Abdullah Al-Qari Hj. Salleh,Masya-Allah, jameela nama penulis ini (nama yang diberi itu suatu doa, ternyata "Qari" itu sudah terbukti doa di makbulkan apabila penulis menyelami benar2 hak Quran). antaranya kepentingan hadirnya hati, niat, dan ikhlas dalam melakukan ibadah. Solat 5-6 minit kita itu harus sentiasa kita hadirkan hati kita, bukan kah kita berdialog terus dgn Maha Pencipta?

Namun ada satu sabda Rasulullah s.a.w yang betul2 buat saya berfikir :

"Berapa ramai pembaca yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran mengutukkannya (disebabkan amalannya bertentangan dgn ajaran al-Quran itu sendiri)".

ya ukhti & akhi, inilah masanya kita mencari peribadi ibarat al-Quran. sesungguhnya al-Quran itu lengkap menggariskan kepada kita halal haram, hak dan batil. jgn lah di baca sekadar membaca, dengarkan dan fikirkan lah...insyaAllah sama2 kita menuju kegemilangan dlm beragama...

Thursday, April 16, 2009

IQRA

bacalah, pasti kamu jumpa jawapannya. bagi setiap persoalan yang duniawi juga, tetap ada jawapannya dlm Quran. bagi setiap persoalan sekecil dan seremeh mana pun, tetap ada jawapannya. dalam kekusutan hati saya, i turn to Quran and this beautiful verses saved me...dari surah al-Furqan (Pembeza), it really did showed me that one day, agama ini tetap akan menang...insyaAllah...

25:52
Maka jgnlah kamu mengikuti org2 kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dgn al-Quran dgn jihad yang besar

25:58
dan bertawakallah kpd Allah yang Maha Hidup (Kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dgn memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-Nya

25:50
dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil pengajaran (daripadanya), maka kebykkan manusia itu tidak mau kecuali mengingkari (nikmat)

25:20
Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? dan adalah Tuhan mu Maha Melihat


harus sentiasa bersabar beserta dgn zikrullah...
ketika di timpa musibah kita sering mengeluh dan bersedih...
tapi ketika kita berlapang dada,
adakah kita bersyukur?

Saturday, April 4, 2009

5 ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda, terdapat 5 benda bila di pandang kita akan mendapat pahalanya, hanya dgn sekadar memandang.

1. al-Quran, walau tidak di baca, hanya di pandang juga akan mendapat pahala
2. Kaabah, walaupun belum tawaf, bila di pandang akan mendapat pahala
3. air zam-zam, walaupun tidak di minum, bila di pandang akan mendapat pahala
4. wajah kedua org tua, walau tidak berkata2 yang menyenangkan hatinya, tetap mendapat pahala
5. lautan, kita akan mendapat pahala apabila di pandang, sebagai tanda kita memikirkan kekuasaan Allah s.w.t

Allah itu tepat dalam menepati janji-Nya. InsyaAllah, apa sahaja yang di kerjakan dgn niat, pasti mendapat pahala. Wallah wa'lam..

Thursday, April 2, 2009

surah al shu'ara 26:78-82

(Allah) is Who has created me, and it is He who guides me,
and it is He who feeds me and gives me to drink.
And when I am ill, it is He who cures me,
and who will cause me to die and then will bring me to life (again),
and who i hope, will forgive me, my faults on the day of Recompense.