CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 12, 2009

Surah ar-Rahman



bacaan yang sgt MasyaAllah. Imam Makkah kegemaran nombor 1 d hati :)

Thursday, May 7, 2009

Munajat hati ku..

Ya Allah..hati semakin lemas,smakin sesak. permintaan yg ku hajati tkabul namun hati tdk berada d sini utk menikmati nya. Ya Allah,ar-Rahman,ar-Rahim, hanya padaMU aku bmunajat.dgrlah rintihan ku ya Allah yg tdk pernah lelap.

ya Allah,ya Qahhar,berikan aku kkuatan bg mhadapi segala sesuatu yg telah Kau izinkn.ya Rabb,hny pdMu tmpt ku mengadu,maka jgnlah d tolak pmintaan ku ini ya Allah.

ya Ghaffar, ampunilah dosa ku yg selalu melampaui batas, yg selalu blebihan dlm urusan ku. ya Allah, ku pinta, ku rayu pdMu, jgnlah kau duga aku dgn sesuatu yg dpt memesongkan hati ku drpd terus ingin dkt pd Mu ya Allah. izinkn aku kembali pd fitrah mengagungkan Mu krn hny Engkau yg layak d agungkan.izinkn aku hampir pd Mu ya Allah,dan jauh kan aku dr jalan maksiat yg tkutuk.

ya Allah, ku pohon, jgnlah Kau duga aku dgn ssuatu yg tdk dpt aku hadapi. jgn lah aku dduga dgn ssuatu, pdhal aku tdk bkuasa menakluki. jgn krn dugaan aku gagal pd Iblis laknatullah dn tenteranya.

ikat lah nafsu ku dn leraikn hny pd yg halal. tunjukkan lah jln ya Allah,jln Mu yg benar. aku bsyukur pd Mu ya Allah krn Engkau telah mlimpah kn aku dgn perasaan kasih sayang, namun jauh kn aku dr kasih sayang yg batil ya Allah. jauh kn aku dr segala yg batil ya Allah. dktkn lah diri ku pd cinta yg sejati d dunia,agar aku mjumpai org yg bhak ke atas diri ku,yg dpt mdktkn diri ku pd Mu ya Allah.

ikat kn aku pd cinta yg telah kau tuliskn d Luh Mahfuz ya Allah.

berikan aku ksabaran dlm menantikan cinta itu. ya Allah, berikan lah belas kasihan Mu pd ku ya Allah, hamba mu yg lemah. berikn lah aku belas kasihan dr sisi Mu Ya Rabb, belas kasihan ibarat 99 belas kasihan yg Kau tangguh utk hari akhirat ya Allah. aku hina dgn segunung dosa, yg ku harap akan Kau ampun kn, namun hentikan lah diri ku drpd mengumpul dosa atas dasar mcari kbahagian hati yg mungkin melawan takdir Mu. pd takdir Mu aku bsabar,pd takdir Mu aku bharap. pd takdir Mu, aku yakin janji Mu tdk pernah Kau mungkiri. kerana segala ssuatu adalah kerana Mu yg Allah.

ampuni dosa ku, dan dktkn diri ku pd Mu yg Maha Suci. amin amin..

Sunday, April 26, 2009

fikirkan...

skrg saya masih membaca buku "Ibadah Unggul : Telinga Mendengar al-Quran" yang saya rasa patut di selami jika kita itu peminat al-Quran (siapa tidak?)

byk pengajaran yang saya dapati melalui buku hasil tulisan Abdullah Al-Qari Hj. Salleh,Masya-Allah, jameela nama penulis ini (nama yang diberi itu suatu doa, ternyata "Qari" itu sudah terbukti doa di makbulkan apabila penulis menyelami benar2 hak Quran). antaranya kepentingan hadirnya hati, niat, dan ikhlas dalam melakukan ibadah. Solat 5-6 minit kita itu harus sentiasa kita hadirkan hati kita, bukan kah kita berdialog terus dgn Maha Pencipta?

Namun ada satu sabda Rasulullah s.a.w yang betul2 buat saya berfikir :

"Berapa ramai pembaca yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran mengutukkannya (disebabkan amalannya bertentangan dgn ajaran al-Quran itu sendiri)".

ya ukhti & akhi, inilah masanya kita mencari peribadi ibarat al-Quran. sesungguhnya al-Quran itu lengkap menggariskan kepada kita halal haram, hak dan batil. jgn lah di baca sekadar membaca, dengarkan dan fikirkan lah...insyaAllah sama2 kita menuju kegemilangan dlm beragama...

Thursday, April 16, 2009

IQRA

bacalah, pasti kamu jumpa jawapannya. bagi setiap persoalan yang duniawi juga, tetap ada jawapannya dlm Quran. bagi setiap persoalan sekecil dan seremeh mana pun, tetap ada jawapannya. dalam kekusutan hati saya, i turn to Quran and this beautiful verses saved me...dari surah al-Furqan (Pembeza), it really did showed me that one day, agama ini tetap akan menang...insyaAllah...

25:52
Maka jgnlah kamu mengikuti org2 kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dgn al-Quran dgn jihad yang besar

25:58
dan bertawakallah kpd Allah yang Maha Hidup (Kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dgn memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-Nya

25:50
dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil pengajaran (daripadanya), maka kebykkan manusia itu tidak mau kecuali mengingkari (nikmat)

25:20
Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? dan adalah Tuhan mu Maha Melihat


harus sentiasa bersabar beserta dgn zikrullah...
ketika di timpa musibah kita sering mengeluh dan bersedih...
tapi ketika kita berlapang dada,
adakah kita bersyukur?

Saturday, April 4, 2009

5 ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda, terdapat 5 benda bila di pandang kita akan mendapat pahalanya, hanya dgn sekadar memandang.

1. al-Quran, walau tidak di baca, hanya di pandang juga akan mendapat pahala
2. Kaabah, walaupun belum tawaf, bila di pandang akan mendapat pahala
3. air zam-zam, walaupun tidak di minum, bila di pandang akan mendapat pahala
4. wajah kedua org tua, walau tidak berkata2 yang menyenangkan hatinya, tetap mendapat pahala
5. lautan, kita akan mendapat pahala apabila di pandang, sebagai tanda kita memikirkan kekuasaan Allah s.w.t

Allah itu tepat dalam menepati janji-Nya. InsyaAllah, apa sahaja yang di kerjakan dgn niat, pasti mendapat pahala. Wallah wa'lam..

Thursday, April 2, 2009

surah al shu'ara 26:78-82

(Allah) is Who has created me, and it is He who guides me,
and it is He who feeds me and gives me to drink.
And when I am ill, it is He who cures me,
and who will cause me to die and then will bring me to life (again),
and who i hope, will forgive me, my faults on the day of Recompense.

Tuesday, March 24, 2009

Perkabaran Jibril ttg Neraka kpd Rasulullah SAW

i just finished reading Bertemu Janji Allah by Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang cukup hebat membuat kan saya rasa nak buat applause sambil sommersault 2-3 kali. the book comes in two part, which i bought both at one time sebab this book is selling hot (bookworm alert! eaton's masih ada 4-5 buah part 1 & part 2). sub dia after the big title Bertemu Janji Allah is 'menyingkap kisah Mahsyar yang menyayat hati'. Menyayat hati itu adalah perkataan yang sgt sesuai, because i doubt anyone could be at ease after reading this book.
memetik cerita ttg perkabaran Jibril AS mengenai neraka Jahannam...

Ath-Thabrani meriwayatkan; "Jibril dtg kpd Rasulullah SAW pd waktu yang tidak biasa dia dtg. kemudian baginda berdiri menyambut kedatangannya seraya berkata;

"Wahai Jibril, belum pernah aku lihat engkau berubah rupa."
Jibril berkata, "aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip neraka."
Rasulullah SAW btny; "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku ttg keadaan neraka!"
"sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam supaya menyalakan api seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu Dia memerintahkan spy menyala seribu tahun lagi hingga menjadi merah. dan kemudian Dia memerintahkan supaya menyala seribu tahun lagi, sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat. tidak kelihatan lagi cahayanya dan tidak terpadam lagi nyalanya. Demi Zat yang mengutusmu sebagai nabi yang benar, kalau jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan. Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, jika sahaja seorang penjaga jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang amat busuk. Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau sepotong rantai ahli neraka diletakkan di atas gunung, tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi."
kemudian Rasulullah SAW memandangi Jibril yang telah menangis itu lalu bertanya "Wahai Jibril, mengapa engkau menangis, engkau telah mempunyai kedudukan di sisi Allah".
Jibril menjawab "Bagaimana aku tidak menangis. Justeru aku lebih berhak menangis. Siapa tahu dlm ilmu Allah keadaanku menjadi lain. aku tidak tahu kalau-kalau aku diseksa dgn seksaan Iblis. Bukankah Iblis itu sendiri juga daripada malaikat. aku tidak tahu. Kalau-kalau aku diseksa seperti seksa Harut & Marut."
Kemudian Rasulullah SAW menangis, sampai ada suara memanggil; "Wahai Jibril dan Muhammad, kamu telah diamankan. Tidak akan menderhakain-Nya"

Jibril kemudian naik dan Rasulullah pun keluar. Baginda berjumpa dgn org Ansar yang tertawa riang dan bermain-main. Rasulullah SAW bersabda "Adakah engkau tertawa sedang di belakang mu ada neraka? Kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akan sedikit ketawa dan byk menangis. tentunya kamu tidak lalu makan dan minum. malah kamu akan keluar ke masjib, bertiarap kepada Allah SWT."

Kemudian ada suara memanggil "Wahai Muhammad, jgnlah engkau membenci hamba-Ku. engkau Ku utus sebagai pemberi khabar gembira, bukan untuk menyedihkan mereka."

Rasulullah SAW lalu bersabda "luruskanlah dan mendekatlah"


wallahu a'alam. hanya Allah yang Maha Mengetahui....
setiap kita ini wajib mengimani hari Kiamat, mengimani adanya Syurga dan Neraka. InsyaAllah, jgnlah kita lalai saat menjadi musafir di dunia ini bagi sampai ke destinasi kita yang kekal iaitu di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita di lindungi daripada menyeleweng dari janji sumpah setia kita sebelum kita di tiupkan ke rahim ibu...