CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, March 24, 2009

Perkabaran Jibril ttg Neraka kpd Rasulullah SAW

i just finished reading Bertemu Janji Allah by Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang cukup hebat membuat kan saya rasa nak buat applause sambil sommersault 2-3 kali. the book comes in two part, which i bought both at one time sebab this book is selling hot (bookworm alert! eaton's masih ada 4-5 buah part 1 & part 2). sub dia after the big title Bertemu Janji Allah is 'menyingkap kisah Mahsyar yang menyayat hati'. Menyayat hati itu adalah perkataan yang sgt sesuai, because i doubt anyone could be at ease after reading this book.
memetik cerita ttg perkabaran Jibril AS mengenai neraka Jahannam...

Ath-Thabrani meriwayatkan; "Jibril dtg kpd Rasulullah SAW pd waktu yang tidak biasa dia dtg. kemudian baginda berdiri menyambut kedatangannya seraya berkata;

"Wahai Jibril, belum pernah aku lihat engkau berubah rupa."
Jibril berkata, "aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip neraka."
Rasulullah SAW btny; "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku ttg keadaan neraka!"
"sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam supaya menyalakan api seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu Dia memerintahkan spy menyala seribu tahun lagi hingga menjadi merah. dan kemudian Dia memerintahkan supaya menyala seribu tahun lagi, sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat. tidak kelihatan lagi cahayanya dan tidak terpadam lagi nyalanya. Demi Zat yang mengutusmu sebagai nabi yang benar, kalau jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan. Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, jika sahaja seorang penjaga jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang amat busuk. Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau sepotong rantai ahli neraka diletakkan di atas gunung, tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi."
kemudian Rasulullah SAW memandangi Jibril yang telah menangis itu lalu bertanya "Wahai Jibril, mengapa engkau menangis, engkau telah mempunyai kedudukan di sisi Allah".
Jibril menjawab "Bagaimana aku tidak menangis. Justeru aku lebih berhak menangis. Siapa tahu dlm ilmu Allah keadaanku menjadi lain. aku tidak tahu kalau-kalau aku diseksa dgn seksaan Iblis. Bukankah Iblis itu sendiri juga daripada malaikat. aku tidak tahu. Kalau-kalau aku diseksa seperti seksa Harut & Marut."
Kemudian Rasulullah SAW menangis, sampai ada suara memanggil; "Wahai Jibril dan Muhammad, kamu telah diamankan. Tidak akan menderhakain-Nya"

Jibril kemudian naik dan Rasulullah pun keluar. Baginda berjumpa dgn org Ansar yang tertawa riang dan bermain-main. Rasulullah SAW bersabda "Adakah engkau tertawa sedang di belakang mu ada neraka? Kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akan sedikit ketawa dan byk menangis. tentunya kamu tidak lalu makan dan minum. malah kamu akan keluar ke masjib, bertiarap kepada Allah SWT."

Kemudian ada suara memanggil "Wahai Muhammad, jgnlah engkau membenci hamba-Ku. engkau Ku utus sebagai pemberi khabar gembira, bukan untuk menyedihkan mereka."

Rasulullah SAW lalu bersabda "luruskanlah dan mendekatlah"


wallahu a'alam. hanya Allah yang Maha Mengetahui....
setiap kita ini wajib mengimani hari Kiamat, mengimani adanya Syurga dan Neraka. InsyaAllah, jgnlah kita lalai saat menjadi musafir di dunia ini bagi sampai ke destinasi kita yang kekal iaitu di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita di lindungi daripada menyeleweng dari janji sumpah setia kita sebelum kita di tiupkan ke rahim ibu...

0 comments: