CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, March 19, 2009

perihal org berbeza teras Iman

semalam pergi jumpa "Ustaz Muda"...tapi "Ustaz Sedang2 Muda" tiada pula (PDRM,hot!)...waktu duduk tu...teringat pula tulisan Tok Guru Dato' Nik Aziz:

Di padang Mahsyar nanti ada org yang berada dlm tmpt yang terang-benderang, malangnya ramai pula yang bersesak di tempat yang gelap pekat meskipun mereka berada di tempat yang sama. ada pula yang karam dalam lautan peluh, sebaliknya ada pula yang duduk rehat di bawah naungan 'Arasy Allah. Semuanya terjadi di Mahsyar.

Abu Bakar bin Barjan berkata, keadaan demikian berlaku sebagaimana keadaan yang sama berlaku di dunia ini. Contohnya ada beberapa org yang belajar dengan guru yang sama, tetapi antara murid itu ada yang menjadi ulama dan sebaliknya ada juga murid yang terus dgn perangai buruknya, walaupun mereka memiliki ilmu daripada guru yang sama. Namun natijahnya adakalanya berbeza.

that's so true, kalau di lihat saya dan Ustaz muda tu menuntut tempat yang sama, tapi akhirnya dia jadi ustaz muda, dan saya terus dgn hidup yang serba biasa. itu namanya TAKDIR dan HIDAYAH yang menjadi rahsia Allah. si kawan hafazan, saya tu Yaasin pun masih sangkut-sangkut. tandanya Allah tu mahu saya bertahan supaya dapat belajar ilmuNya yang luas dan hanya Dia yang ada Segalanya.

di sana saya duduk menundukkan diri, bermuhasabah melihat Ustaz Muda. sederhana. segala ttg dia sederhana. saya? buka kasut roxy di luar. bagi dia mesti roxy tu duniawi. MasyaAllahu la quwata illabillah. tanpa apa2 indikasi yang jelas pun terpancar dari diri nya yang dia itu sungguh ukhrawi.

nakalnya, dalam hati saya sempat lagi bbisik "dia ne minum manis pun nda ne, makan pun berenti sebelum kenyang. tu la pasal boleh menghafaz n membaca Kalam Allah dengan cukup feel lagi. tutup mata tu geng".

tapi, ustaz sedang2 muda tu HOT tau. hehehe saya nda pandang lama, saya tu masih menahan mata. jgn sampai bertentang mata nanti berdosa pula hehehehe :P me, still with my naughty ways

0 comments: